Hi friends, this is me, Nor, from Pasir Gudang, Malaysia, trying to blog whatever interest me.... among others cooking, music, self improvement and of course my beloved family.
Tuesday, July 9, 2013
Sambal tumis udang yang sedap
Sambal udang, yes, sambal udang!!
Sudah lama saya tak makan sambal udang. This is my favorite. Walaupun malas nak kopek kulit sebab princess kat rumah ni tak akan makan udang ni kalau tak kopek, saya gagahkan diri jugak kopek kulit udang ni. Bukan semua bahagian saya kopek, sebab saya masih mahu merasakan menghisap kulit udang yang manis dan lemak tu. Bagi saya kalau kopek semua hilang kick sambal udang ni. Gitu lah. ...
Resepinya ringkas je. Saya suka yang mak buat, siap ada belacan lagi. Tapi saya tak simpan belacan sebab asyik beli tak habis guna dan selalu buang je. Tapi yang saya buat ni memang ringkas. Bahan2 nya cuma:
1/2 kilo udang, saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 cawan minyak
1/2 cawan lada kisar
Garam secukup rasa
1/2 keping asam keping, atau 1/2 tsp asam jawa
Cara2
1. Panaskan minyak
2. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan bawang besar, goreng hingga layu. Ada orang suka masuk bawang kemudian, tapi saya suka masukkan awal sebab saya suka rasa bawang yang manis.
4. Masukkan lada kisar dan goreng sehingga garing atau lada masak.
5. Masukkan asam dan garam.
6. Masukkan udang. Kacau sebentar dan angkat.
7. Masukkan dengan nasi panas.
Hari ni saya makan udang ni dengan sup daging dan sambal tempoyak. Bila dah mengadap, tak menoleh kiri kanan dah.
Jom makan! !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment