Salam semua. Hari ni saya buat kuih raya lagi..Actually nak buat kuih semprit pelangi, tapi dah habis check satu laci ni, acuannya entah pergi ke ke mana. So, jadilah bentuk macam ni. Ok jugaklah. Cantik warna dia. Tapi masa dah hujung2 tu, warna dah bercampur aduk. Jadi, ada nampak sedikit comot.
Resepinya macam ni...
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram butter
150 gram gula aising, diayak supaya x berketul
1 kuning telur
★ bahan ini diayak bersama
★250 gm tepung gandum
★150 gram tepung kastard
★30 gram tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
Pewarna makanan.
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar butter dan gula aising hingga sebati, selalunya saya putar dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan kuning telur dan vanilla. Pukul hingga sebati. Jangan lama sangat nanti saiz biskut mengembang bagai dipam-pam!!
3. Masukkan tepung2 yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan bancuhan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian (sama banyak), dan letakkan pewarna yang menjadi kesukaan anda. Saya letak hijau epal, biru, merah dan satu bahagian lagi tidak berwarna. Tu lah dapat warna meriah macam kat atas tu..
5. Setiap warna diambil sedikit dan isikan kedalam penekan biskut. Kena hati2 sikit, jangan sampai warnanya jadi comot.
6. Kalau ada acuan semprit, tekan sehingga panjangnya lebih kurang 2 ruas jari (2.5sm)
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
8. Bila masak, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Adalah jugak yang hangus. Kalau dulu masa zaman kecik2, memang tunggu yang hangus ni. Menyibuk main2 dengan mak, tapi tolong buat kuih tak mahu. Tunggu biskut hangus ni macam satu pesta! Berebut kami adik beradik.
Ok, cuba jangan tak cuba tau.. pasti meja anda berseri-seri dengan biskut pelangi pagi ni.
No comments:
Post a Comment