Adik memang suka makan rendang. Kalau balik Rembau rumah mertua yang memang pakar memasak rendang ayam ni memang satu kepastian. adik kalau nak makan rendang yang sedap memang kena tunggu balik kampung.
Tiba-tiba terasa hati nak mencuba rendang. Banyak juga resepi yang saya cari di Internet tapi yang ini menarik perhatian saya. Teringat rendang yang dibuat oleh arwah nenek saya menjelang raya. Tapi nenek yang mesra saya panggil puan sudah tak ada. Yang ada kenangan membuka almari lauk di malam raya dan 'mencuri' makan rendang yang tersangat sedap, yang saya rasa tiada tolok bandingnya. Rendang puan ada yang warnanya hitam dan sangat pedas. Masa tu tak nampak kepentingan bertanya resepi, so semua pengetahuan tu tak menurunlah pada saya.
Puan pernah cakap masak perlu ketekunan. ..bahan mesti cukup. Jangan banyak air. Jangan pakai mesin semua. Biar lambat asalkan hasilnya sedap. Saya pulak lebih mementingkan ringkas... mungkin sebab itu hasilnya ala-ala kadar je. Ok saya nak ubah semua tu. Sekarang saya akan cuba resepi yang ringkas tapi sedap dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional..
Jom layan resepi ini..
RENDANG AYAM CILI API
1 mangkuk ayam (potong kecil2, lebih kurang makan untuk 4 orang)
3 batang serai
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
3 sb kerisik, saya tak jadi guna kerisik seperti dalam gambar sebab dah expired, nasib baik ada kelapa parut untuk dibuat kerisik...
1 cawan santan pekat
(Dikisar bersama)
25 -30 biji cili api, paling bagus cili padi kampung, saya guna cili biasa sahaja
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (saya guna 1sb serbuk kunyit)
1 keping asam keping
8 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1. Masukkan semua bahan yang di kisar ke dalam kuali. Masukkan ayam, serai, asam keping, garam dan sedikit air. Didih sehingga ayam kecut dan bau serai naik.
2. Masukkan santan. Untuk kali ini saya guna santan kotak. Rasanya masih tetap sedap. Itu kata Nadiah.
3. Setelah hampir kering, masukkan kerisik.
Dan inilah hasilnya...
Where to stay near Casimba Casino - DRMCD
ReplyDeleteCasimba 구리 출장안마 Casino has 당진 출장안마 an outdoor seating area for all entertainment needs. 김천 출장샵 We offer a 김해 출장마사지 variety of activities including 수원 출장안마 casino poker, poker, and